Pages

Monday 31 December 2012

Selamat Tahun Baru 2013

Ketua Jajahan Kuala Krai dan seluruh warga kerja Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013.

Saturday 29 December 2012

Pendaftaran Pengundi

Peringatan kepada rakyat malaysia yang mencapai umur 21 tahun pada 30/12/2012 dan belum mendaftar sebagai pengundi Pengundi....sila berbuat demikian di pejabat spr, pejabat pos serta mana-mana penolong pendaftar yg dilantik... Sekiranya daftar 01/01/2013, kemungkinan nama anda tidak tersenarai dalam daftar pemilih terbaru spr...

Wednesday 26 December 2012

Kaunter Bayaran Hasil

Makluman. Kaunter Bayaran Hasil akan ditutup pada 31 Disember 2012 bermula dari jam 12:00 tengahari sehingga 5:00 petang. Penutupan ini bagi membolehkan kerja-kerja penutupan akaun 2012.

Monday 17 December 2012

PAMERAN KEGEMILANGAN BOLA SEPAK KELANTAN

Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dengan kerjasama KAFA akan mengadakan PAMERAN KEGEMILANGAN BOLA SEPAK KELANTAN pada 24 Disember 2012 - 31 Januari 2013 bertempat di Muzium Negeri. Pelbagai aktiviti menarik serta hadiah dan cabutan bertuah menanti anda semua.
PAKAK MAGHI BELAKO DEH ADIK KAKOK - GOMO KELATE GOMO


Wednesday 31 October 2012

Ekspo MAIK 2012

Bermula hari ini, 1 November 2012 hingga 6 Disember 2012, di Istana Negeri Kubang Kerian.

Tuesday 30 October 2012

Anugerah Inovasi Majlis Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2012

Tahniah kepada seluruh warga kerja PTJKK kerana telah berjaya memenangi pelbagai kategori dalam Majlis Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2012

Anugerah Inovasi Pentadbiran Tanah dan Jajahan
Johan - Sistem Pengiraan Pengurangan Tunggakan Denda

Anugerah Inovasi ICT
Tempat Kedua - e-Log Kenderaan

Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan
Tempat Ketiga - e-Log Kenderaan

Wednesday 10 October 2012

Hari Keluarga PTJKK 2012

Hari Keluarga PTJKK 2012
Tarikh : 12-13/10/2012
Tempat : Primula Beach Resort, Kuala Terengganu

Saturday 25 August 2012

Semakan Status Pendaftaran Miskin Tegar Negeri Kelantan

Semakan Status Pendaftaran Miskin Tegar Negeri Kelantan

http://etegar.kelantan.gov.my/portal_system/semak_pendaftaran.php

Ketua Isi Rumah (KIR) yang ingin mendaftar dalam e-Tegar hendaklah memenuhi kriteria yang ditetapkan. Bagi yang laya
k, mereka perlu mengisi borang melalui Penggawa masing-masing atau hadir sendiri ke Pejabat Tanah Dan Jajahan yang berdekatan.

Sila download Borang
Panduan Pendaftaran dan Pengguna
1. Pendaftaran boleh dilakukan dengan memuat-turun borang pendaftaran melalui prtal e-Tegar (http://etegar.kelantan.gov.my/) atau,
dengan menghubungi,
Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan (UPEN)
Tingkat 1, Blok 6, Kompleks Kota Darulnaim
Tel : 09-748 4259
atau, Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan (PPN)
Blok JKR 7, Kompleks Kota Darulnaim
Tel : 09-748 1180 / 09-748 5909
atau,
di seluruh Pejabat Tanah dan Jajahan (PTJ) di Negeri Kelantan.
2. Bagi orang awam atau wakil KIR dibolehkan membuat makluman ke alamat di atas atau dengan melayari portal e-Tegar. Makluman akan disiasat dan disahkan oleh Penggawa / PTJ.
3. Profil (Borang) pendaftaran akan disiasat dan disahkan di lapangan Pejabat Tanah dan Jajahan dan dimasukkan dalam Sistem e-Tegar.
4. Rekod dan sumber bantuan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
5. Pelarasan bantuan yang sesuai akan dilakukan bagi tujuan pemutihan

Sistem Pendaftaran Penduduk Miskin Tegar Negeri Kelantan | SIAPA YANG LAYAK MENDAFTAR?

http://etegar.kelantan.gov.my/

e-Tegar adalah singkatan dari Sistem Pendaftaran Penduduk Miskin Tegar Negeri Kelantan yang dibangunkan oleh Unit Perancang Ekonomi bagi memberi kemudahan kepada Pejabat Tanah Dan Jajahan (PTJ) mengumpul maklumat dan profail Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIR) di seluruh Negeri.

SIAPA YANG LAYAK MENDAFTAR?

Golongan yang mempunyai pendapatan kurang dari RM430.00, manakala pendapatan perkapita isi rumah adalah RM100.00 dengan bilangan isi rumah 4.4 orang.

Sumber : Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM)

Muat turun borang pendaftaran dan serahkan borang yang lengkap diisi kepada Pejabat Tanah dan Jajahan atau melalui Penggawa.

Muat Turun Borang

http://etegar.kelantan.gov.my/portal_system/downloads/borang_kir.pdf

Wednesday 22 August 2012

Sistem Pendaftaran Penduduk Miskin Tegar Negeri Kelantan

Sistem Pendaftaran Penduduk Miskin Tegar Negeri Kelantan - http://etegar.kelantan.gov.my/

Sistem mensasarkan untuk mengurangkan dan menghapuskan miskin tegar di seluruh Negeri Kelantan secara atas talian berdasarkan ciri-ciri berikut :


1) Mewujudkan satu pangkalan data bersepadu yang menjadi asas perancangan program basmi miskin tegar di Negeri Kelantan.
 
2)  Menyelaras skim/bantuan kepada KIR yang berdaftar dengan e-Tegar yang dilaksanakan oleh agensi-agensi pemberi bantuan.
 
3) Mewujudkan satu Knowledge Base mengenai program/projek kemiskinan yang telah dilaksanakan sebagai rujukan.
 
4) Membantu analisis maklumat dan pemetaan miskin tegar (poverty mapping) dalam bentuk jadual dan carta yang integrasikan kepada system GIS.

Sunday 29 July 2012

Majlis Tadarrus Al-Quran Dan Berbuka Puasa Peringkat Jajahan Kuala Krai


Tarikh : 12 Ramadhan 1433H / 1 Ogos 2012 (Rabu)Tempat : Masjid Telekong, Kuala KraiMasa : 5.30 petang

Monday 16 July 2012

Tahniah

Tahniah... Pejabat Tanah & Jajahan Kuala Krai berjaya mengekalkan persijilan QE/5S pada 17hb Julai 2012.

PENGAUDITAN QE/5S

Tempat : Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai

Tarikh: 27 Syaaban1433H / 17 Julai 2012 (Selasa)

Saturday 14 July 2012

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN PERSEDIAAN RAMADHAN UNTUK KELUARGA MISKIN TAHUN 2012


Tarikh : 27 Syaaban, 1433H
             17 Julai 2012M (Selasa)
Masa   : 8.00 pagi
Tempat : Sekitar Jajahan Kuala Krai

Tuesday 10 July 2012

Kejohanan Bowling Muhibbah Antara Jabatan Peringkat Jajahan Kuala Krai 2012

Tarikh   : 20 Syaaban, 1433H
              10 Julai 2012M (Selasa)
Masa    : 6.30 petang
Tempat : Mutiara Bowl, Kota Sri Mutiara

Monday 9 July 2012

Kenapa 5S?

Kenapa 5S?

Pada masa ini 5S adalah alat peningkatan produktiviti yang popular di Jepun dan turut menjadi popular juga di negara lain kerana faktor yang berikut:

1) Tempat kerja yang sistematik, bersih dan tersusun.
2) Hasil yang nyata kepada semua - orang luar dan dalaman.
3) Hasil yang nyata kepada peningkatan lebih banyak idea baru.
4) Semua orang menjadi lebih berdisiplin.
5) Operasi di tempat kerja menjadi lebih mudah dan selamat.
6) Mewujudkan kebanggaan dan rasa kekitaan kepada semua staf kerana tempat kerja yang bersih dan tersusun.
7) Meningkatkan imej organisasi.


5S adalah Program Penyertaaan Kaizen ke seluruh organisasi.

5S adalah program menyeluruh Kaizen melibatkan semua orang dalam Organisasi.

Ia pendekatan berkesan motivasikan pekerja, meningkatkan produktiviti dan mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa.

Objektif Utama Program 5S

1) Membina budaya KAIZEN di tempat kerja.
2) Membina kerjasama melalui penyertaan semua.
3) Membina amalan kepimpinan pengurus dan penyelia .
4) Meningkatkan infrastruktur untuk melaksanakan program kaizen yang lebih maju.

Kaizen = ialah aktiviti penambahbaikan berterusan dan diamalkan secara konsisten.

http://www.ptjkk.kelantan.gov.my/5s

Saturday 7 July 2012

Pengajian Kitab Peringkat Jajahan Kuala Krai


 Pengajian Kitab Peringkat Jajahan Kuala Krai akan diadakan pada setiap hari Khamis. Pengajian bermula pada jam 1.00 petang, bertempat di Masjid Tengku Faris Petra, Kuala Krai. Muslimin dan muslimat sekitar jajahan Kuala Krai dijemput hadir beramai-ramai.

Wednesday 27 June 2012

Apakah 5S

1. 5S - permulaan kesihatan, keselesaan dan kehidupan produktif untuk semua orang di tempat kerja.

2. 5S - membawa banyak perubahan. Contohnya, semua item yang tidak diperlukan dibuang, hanya yang diperlukan berada dekat dengan tempat kerja dan peralatan kerja menjadi bersih bersih dan sentiasa kemas.

3. Kuasa utama program Kaizen adalah dari manusia. Oleh itu Shitsuke (sentiasa amal) adalah kritikal untuk kejayaannya.

4. Shitsuke melatih manusia supaya mereka membentuk tabiat kerja yang baik.

5. Apabila semangat dan amalan 5S yang baik dijadikan landasan, organisasi/individu boleh membina dan amalkan Program 5S yang memerlukan paras kreativiti dan pendekatan Kaizen yang tinggi.

6. 5S untuk semua mewakili pengetahuan teknik dan ilustrasi Kaizen yang berguna.

http://www.ptjkk.kelantan.gov.my/5s/index.php?option=com_content&view=article&id=3&Itemid=24

Pengajian Kitab Peringkat Jajahan Kuala Krai

Tarikh : 08 Syaaban 1433H / 28 Jun 2012 (Khamis)
Masa : 1.00 Petang
Tempat : Masjid Tengku Faris Petra, Kuala Krai

Monday 18 June 2012

Majlis Makan Malam Mesra Kaum 2012

Majlis Makan Malam Mesra Kaum 2012

Tarikh : 1 Syaaban 1433H / 21 Jun 2012 (Khamis)
Tempat : Dewan Sri Guchil, Kuala Krai
Masa : 8.00 malam

Sunday 17 June 2012

Kelantan International Bike-Week

Bagi peminat sukan permotoran atau pemoto-besaran, silalah ke Kelantan International Bike-Week pada 6-8 Julai nanti di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.. tanda dalam diary belako tu hehe

Tuesday 5 June 2012

MAJLIS SAMBUTAN ISRA’ DAN MIKRAJ PERINGKAT JAJAHAN KUALA KRAI 1433 H / 2012 M

MAJLIS SAMBUTAN ISRA’ DAN MIKRAJ PERINGKAT JAJAHAN KUALA KRAI 1433 H / 2012 M


Tarikh: 29 Rejab 1433H / 19 Jun 2012 (Selasa)
Tempat : Masjid Mukim Temalir, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai
Masa : 7.00 malam

Tuesday 29 May 2012

Bertani Satu Ibadah

Bermula 5 Jun hingga 10 Jun 2012 ini, bertempat di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu. "Bertani Satu Ibadah". Maklumat lanjut layari http://www.bertanisatuibadah.net/

Wednesday 23 May 2012

Sambutan Hari Anak Muda Kelate 2012


PROGRAM QIAMULAIL PERDANA SEMPENA KARNIVAL AL-QURAN

PROGRAM QIAMULAIL PERDANA SEMPENA KARNIVAL AL-QURAN

Tarikh : 25 Mei 2012 (Jumaat)
Masa : 4.00 pagi
Tempat : Masjid Tengku Muhammad Faris Petra, Kuala Krai

Dijemput hadir beramai-ramai

Majlis Perasmian Rangkaian TV Kelantan ( RTV)

Majlis Perasmian Rangkaian TV Kelantan ( RTV) telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi ini bertempat di Dewan Teratai, Kota Darulnaim.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Dr.Muhammad Fadzli Dato Hassan.Hadir sama Speaker Dun Kelantan Datuk Nasruddin Daud, Wakil-Wakil Rakyat, Ketua-Ketua Jajahan dan pegawai kerajaan.

Layari :
http://rtv.kelantan.my/

Monday 21 May 2012

MAJLIS SUKANEKA PUSPANITA NEGERI KELANTAN BERSAMA PUSPANITA JAJAHAN KUALA KRAI


Tarikh : 22 Mei 2012 (Selasa)
Masa : 9.30 pg - 1 tghari
Tempat : Taman Chintawangsa Kuala Krai

SOLAT SUNAT DHUHA PERINGKAT JAJAHAN KUALA KRAI

Solat Sunat Dhuha Peringkat Jajahan Kuala Krai telah diadakan pada hari Selasa, 22 Mei 2012 bermula jam 8.30 pagi. Solat dihadiri oleh kakitangan awan dan penduduk sekitar jajahan Kuala Krai. Solat di Imami oleh Imam 2 masjis Tengku Muhammad Faiz Petra.

Wednesday 9 May 2012

Gotong Royong Menanam Pokok di Perkarangan Pejabat Tanah & Jajahan Kuala Krai

Gotong Royong Menanam Pokok di Perkarangan Pejabat Tanah & Jajahan Kuala Krai telah diadakan pada 10 Mei 2012 bermula jam 8.00 pagi. Gotong royong ini telah disertai oleh kakitangan PTJKK. Gotong royong ini bertujuan untuk menceriakan lagi perkarangan pejabat serta mengeratkan silaturahim sesama kakitangan.

Bibir Raja Ular 'dicium' tedung

KUALA KRAI - Pengalaman banyak kali dipatuk ular menyelamatkan seorang pemuda dari Guchil 1, dekat sini, Mohd Hamdan Mahadi apabila dia sekali lagi dipatuk tedung senduk dan kali ini pada bibir.

Mohd Hamdan, 26, berkata, kejadian berlaku ketika dia membuat pertunjukan ular sempena program Cakna Rakyat Dewan Undangan Negeri Mengkebang, di sini, Sabtu lalu.

Katanya, tedung senduk dianggarkan berusia lima tahun yang mematuknya itu baru ditangkap di Guchil, kira-kira empat jam sebelum pertunjukan.


Sinar Harian Online

Tuesday 8 May 2012

TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT JAJAHAN KUALA KRAI 2012

TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT JAJAHAN KUALA KRAI 2012


Tempat : Masjid Sungai Pas
Tarikh   :  17 Mei 2012 (Khamis)
Masa    : 7:30 malam

Monday 7 May 2012

Sembilan sekeluarga hilang rumah, kedai dalam dua kejadian berbeza

KUALA KRAI - Sembilan sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka di Kampung Bechah Pulai, Laloh, dekat sini, musnah dalam kebakaran, semalam.

Lebih menyedihkan, kebakaran kira-kira jam 3 petang semalam adalah kejadian kedua menimpa keluarga itu selepas kedai runcit disewa mereka di Kampung Laloh musnah terbakar hampir tiga tahun lalu.

Sinar Harian Online

PESTA WAU ANTARABANGSA KALI KE 30


Sunday 22 April 2012

Tujuh hilang di Gunung Stong

KUALA KRAI - Hasrat sekumpulan 11 penduduk tempatan Dabong untuk mengikuti program keagamaan di Taman Negeri Gunung Stong, dekat sini, berakhir dengan tujuh daripada mereka hilang selama 28 jam di kawasan pergunungan itu sejak kelmarin.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/tujuh-hilang-di-gunung-stong-1.41965

Monday 16 April 2012

Karnival Kuala Krai... Acara Hari Ini - 17hb April 2012

Karnival Kuala Krai
Acara Hari Ini - 17hb April 2012

Demo Pemprosesan Minyak Kelapa Dara (Jab. Pertanian)
Persembahan Kanak-Kanak PDK
Wayang Kulit

Sunday 15 April 2012

Karnival Kuala Krai... Acara Hari Ini - 16hb April 2012

Karnival Kuala Krai
Acara Hari Ini - 16hb April 2012

Jualan Lemang (MDD)
Promosi Majari Services
Promosi Emas Dinar
Pertandingan Ukiran Buah (FAMA)
Pertandingan Teh Tarik Final

Warisi peninggalan datuk

 KUALA KRAI - Kelibat seorang remaja perempuan Cina ketika menyertai pertandingan motosikal klasik sempena Karnival Kuala Krai di Taman Chintawangsa, dekat sini, menarik perhatian peserta lain dan juga pengunjung pertandingan itu.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/warisi-peninggalan-datuk-1.40077

Thursday 12 April 2012

Masalah elektrik tak cukup

KUALA KRAI - Kira-kira 15 keluarga di Kampung Sri Panji, Mukim Kenor, dekat sini, terpaksa menyalakan lampu kediaman seawal jam 5 petang bagi memastikan mereka tidak bergelap pada waktu malam.

Seterusnya...

http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/masalah-elektrik-tak-cukup-1.39387


Wednesday 11 April 2012

Karnival Kuala Krai Jadual Minggu II - 15hb April - 21 April 2012

Karnival Kuala Krai
Jadual Minggu II - 15hb April - 21 April 2012

Karnival Kuala Krai Jadual Minggu I - 8hb April - 14 April 2012

Karnival Kuala Krai
Jadual Minggu I - 8hb April - 14 April 2012

Karnival Kuala Krai... Acara Sepanjang Hari Ini 12/4/2012

Karnival Kuala Krai
Acara Sepanjang Hari Ini


Senamrobik
Pameran Sejarah Kuala Krai
Pameran Seni Purba
Mewarna Tabika Perpaduan
Gigi Cantik - Unit Pergigian KKB
Pertandingan Gubahan Kraftangan
Sepetang Bersama Ustaz
Forum Perdana

Tuesday 10 April 2012

Sisa bahan binaan terbiar

Sisa bahan binaan terbiar
Sumber Sinar Harian Online

10 April 2012

KUALA KRAI - Kontraktor dan agensi kerajaan berkenaan, digesa menyelesaikan segera masalah sisa bahan binaan terbiar di sebuah sekolah kebangsaan di Guchil, dekat sini, sejak lebih empat bulan lalu.

Seterusnya

Monday 2 April 2012

Karnival Kuala Krai


Gangguan air sejak seminggu di Laloh

http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/gangguan-air-sejak-seminggu-di-laloh-1.36810

Gangguan air sejak seminggu di Laloh

2 April 2012
KUALA KRAI - Gangguan bekalan air bersih melanda beberapa kawasan di Laloh, dekat sini, sejak seminggu lalu menyebabkan lebih 50 keluarga terlibat terpaksa hidup dalam serba kekurangan dan berdepan pelbagai masalah.
Selain orang kampung, masalah turut menjejaskan aktiviti harian murid di sebuah sekolah kebangsaan, pengusaha kedai makan dan juga anggota Balai Polis Laloh, selepas bekalan air di rumah sewa mereka juga terganggu.
Penduduk, Yusoff Hassan, 55, berkata, kawasan paling teruk terjejas ialah kampung dalam kawat di pedalaman Laloh dan penempatan di belakang sebuah stesen minyak dekat sini.
Bagi tampung keperluan harian katanya, penduduk terjejas terpaksa bergantung kepada sungai, takungan air bukit atau tandak di Kampung Bechah Pulai dan sebuah lata air terjun sebagai sumber air.
“Sedih bila tengok penduduk terutama warga emas berulang-alik angkut air, bahkan ada seorang penduduk jatuh sakit sebab setiap hari nak kena punggah air.
“Anggota polis pula terpaksa mandi di balai, malah ada seorang anggota yang baru dapat anak terpaksa hantar isteri balik rumah mentua sebab masalah air di rumah sewa mereka,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Yusoff berkata, gangguan air yang memang kerap berlaku sebelum ini juga menyebabkan pengusaha kedai makan sekitar Pasar Besar Laloh menanggung kerugian kerana tidak dapat berniaga.
Selain orang kampung katanya, kerugian turut dialami pemilik rumah sewa di belakang stesen minyak, iaitu kawasan paling kerap dan paling lama terjejas bila berlaku gangguan air kerana penyewa tidak kekal lama akibat masalah itu.
“Bil air sampai setiap bulan dan kalau lambat sikit bayar, mulalah nak potong bekalan air, tetapi masalah air sering terputus di Laloh ini sejak dulu sampai sekarang masih tak boleh nak selesaikan,” katanya.
Justeru katanya, pihak berkenaan diminta segera mengatasi masalah itu, termasuk menimbang cadangan supaya bekalan air bersih untuk penduduk Laloh disambung terus dari paip utama berhampiran Jalan Kuala Krai-Gua Musang.
“Sekarang ini, bekalan dari tangki air di Manek Urai disalurkan melalui Manjur dan Karangan dulu baru sampai ke Laloh, jadi tekanan air rendah kerana jarak jauh dan kedudukan paip di kawasan berbukit.
“Jika dapat disambung dan disalurkan terus dari paip besar di simpang empat Laloh, saya percaya masalah air sering terputus di kawasan­ ini disebabkan tekanan air rendah dapat diselesaikan,” katanya.
Sementara itu, Azmi Mamat, 38, berkata, cadangan itu patut dipertimbangkan kerana sistem lama penyaluran bekalan air ke Laloh kini tidak mampu menampung bilangan penduduk yang semakin bertambah.
“Jika dulu, bolehlah kalau nak salur melalui Manjur dan Karangan kerana penduduk Laloh tak ramai lagi tetapi sekarang orang guna air semakin ramai termasuk untuk kegunaan industri,” katanya.

Sunday 1 April 2012

PERLAWANAN BOLA SEPAK PERSAHABATAN
Perlawanan bola sepak persahabatan diantara Pasukan Pilihan D.O. dan Pasukan Penduduk-Penduduk Kampung Sungai Sam akan diadakan pada 3 April 2012 (Selasa) bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan Sungai Sam bermula jam 4.00 petang.  

Saturday 31 March 2012

Pelawanan Futsal antara Pejabat Tanah & Jajahan Kuala Krai dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Krai — at Pdg 9.

Monday 19 March 2012

Seminar Pemantapan Aqidah Peringkat Jajahan Kuala Krai

Tarikh  : 27 Mac 2012 (Selasa)
Masa   : 8.00 pagi - 2.00 petang
Perasmian : YB Dato' Pengarah JAHEAIK
Tempat : Dewan KESEDAR Kuala Krai