Pages

Tuesday 23 September 2014

e-Pelanggan : Hari Bertemu Pelanggan Secara Maya pada 25 September 2014 (Khamis)


Sukacita dimaklumkan bahawa JPA  akan menganjurkan  program e-Pelanggan : Hari Bertemu Pelanggan Secara Maya  pada 25 September 2014 (Khamis) dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

         Antara topik yang boleh dibincangkan ialah :

*         Cuti/Kemudahan

*         Tajaan

*         Peperiksaan

*         Pengiktirafan

*         Tatatertib

*         Elaun

*         Pencen

*         HRMIS

*         Pertukaran

*         Naik Pangkat


Saturday 6 September 2014

eSurvey Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai

Makluman
Satu tinjuan tentang mutu perkhidmatan kaunter di Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai telah diwujudkan. Untuk maklumat lebih lanjut sila layari http://esurv.org/?u=eSurveyPTJKK

Monday 25 August 2014

Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai 2014

Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai 2014
Majlis Sambutan Raya Aidil Fitri Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai telah diadakan pada 21 Ogos 2014. Majlis dihadiri oleh kakitangan PTJKK dan jemputan sekitar Kuala Krai
 
 

Sunday 20 July 2014

Majlis Tadarus Peringkat Jajahan Kuala Krai 2014

Majlis Tadarus Peringkat Jajahan Kuala Krai 2014

Tempat : Masjid An-Nur, Guchil - Masjid An-nur, Guchil, 18000 Kuala Krai, Kelantan
Tarikh : 23hb Julai 2014
Masa : 6:00 petang

Saturday 12 July 2014

Majlis Berbuka Puasa dan Solat Sunat Tarawih

9 Julai 2014 bersamaan 11 Ramadhan 1433H - Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan telah mengampuni perkenan untuk berangkat ke Majlis Berbuka Puasa  dan Solat Sunat Tarawih bersama Kakitangan Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai dan penduduk sekitar Jajahan Kuala Krai. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai termasuk juga penduduk Jajahan Kuala Krai terutama penduduk sekitar Masjid Mukim Keroh

Saturday 10 May 2014

Karnival Bertani Satu Ibadah Jajahan Kuala Krai 2014

Karnival Bertani Satu Ibadah Jajahan Kuala Krai 2014

Tarikh : 27hb Mei 2014 & 28hb Mei 2014 (Selasa & Rabu)
Masa : 8.00 pagi - 6.00 petang
Tempat : Padang Majlis Daerah Dabong, Kg Chucuh Puteri B


Monday 24 March 2014

PESTA WAU ANTARABANGSA KELANTAN 2014

SAMA-SAMA NANTIKAN KEMERIAHAN.....

PESTA WAU ANTARABANGSA KELANTAN 2014

TEMPAT: PANTAI GETING, TUMPAT, KELANTAN

TARIKH: 28 - 31 MEI 2014

MASA: 9.00 PAGI - 6.00 PETANG

Jangan lupa juga PESTA WAU BERCAHAYA pada 30 Mei 2014, jam 9.00 malam

JOM MEMERIAHKAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2014.....


Wednesday 12 March 2014

Karnival Pendidikan MARA (KPM)

Dimaklumkan bahawa MARA meneruskan penganjuran Karnival Pendidikan MARA (KPM) kali ke 15 pada 15 hingga 17 Mac 2014 bertempat di Premiera Hotel, Menara MARA, Kuala Lumpur dalam usaha menyalurkan informasi berkenaan peluang-peluang pendidikan dan perancangan kerjaya.

        Penganjuran KPM 2014 akan dilaksanakan secara berperingkat di sepuluh (10) lokasi strategik seluruh Malaysia bermula di Premiera Hotel, Menara MARA, Kuala Lumpur, Perak, Johor, Kelantan, Sabah, Terengganu, Kedah, Pahang, Pulau Pinang dan Melaka.
         Penganjuran KPM ini menggabungkan peluang mendapat pendidikan di peringkat yang lebih tinggi dan peluang untuk mendapatkan pekerjaan sesuai dengan kelulusan dan kelayakan yang ada.

        Pengisian program sempena karnival ini adalah seperti berikut :

            (i)         Pameran Pendidikan
Tempat   : Dewan Utama Aras 6, Premiera Hotel, Menara MARA, Kuala Lumpur
Sasaran  : Pelajar tingkatan 4 dan 5, lepasan SPM/ STPM, ibubapa dan orang awam.

            (ii)        Pameran Kerjaya, Seminar dan Temuduga Terbuka
Tempat       : Parking Lot, Houz Depot, Kuala Lumpur
Sasaran   : Pelajar-pelajar semester akhir Institusi Pendidikan  Tinggi Awam dan Swasta tajaan MARA, IPMa, pencari kerja dan orang awam.


Monday 10 March 2014

Program e-Pelanggan (Hari Bertemu Pelanggan secara Maya) JPA

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengadakan Program e-Pelanggan  (Hari Bertemu Pelanggan secara Maya) bagi bulan Mac 2014 pada ketetapan  seperti berikut :

  *            Hari           :  Khamis
  *            Tarikh       :  20 Mac 2014
  *            Masa          : 10.00 pagi – 4.00 petang
3.     Program ini merupakan salah satu inisiatif penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan dengan tujuan memberikan peluang kepada pelanggan JPA untuk berinteraksi secara maya di http://epelanggan.jpa.gov.my<https://mail.jpa.gov.my/owa/redir.aspx?C=B51NWJW1mUqnORvB31ooSJw2PN7SzdBILXRb-zW-EeX5YYVqTKw9K61k_Bn0PCfzIMuWmWpkKBc.&URL=http%3a%2f%2fepelanggan.jpa.gov.my> bagi berkongsi pandangan, cadangan atau pertanyaan. Topik perbincangan merangkumi perkara-perkara berikut :

  *            Perkhidmatan kaunseling dan runding cara sektor awam;
  *            Program-program penajaan iaitu Biasiswa dan Pinjaman Pendidikan serta Latihan dalam Perkhidmatan;
  *            Pengiktirafan kelayakan bagi maksud syarat memasuki perkhidmatan awam;
  *            Hal-hal berkaitan perkhidmatan dan kemajuan kerjaya;
  *            Program dan jadual latihan anjuran INTAN;
  *            Urusan berkaitan pentadbiran dan pembayaran Faedah Persaraan kepada Pesara dan Pencen Terbitan kepada Balu/Duda/Anak yang layak;
  *            Pembangunan organisasi dan skim-skim perkhidmatan; dan
  *            Saraan iaitu pakej gaji, elaun dan kemudahan dalam perkhidmatan.

Wednesday 19 February 2014

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT JAJAHAN KUALA KRAI 1435H

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN  PERINGKAT JAJAHAN KUALA KRAI 1435H

Pada   : 25 Rabiul Akhir 1435H / 25 Februari 2014
Hari   : Selasa
Tempat : Masjid Mukim Keroh
Masa   : 05.30 petang - Pertandingan Akhir
       : 09.00 malam - Tilawah Al-Quran - Keputusan

Saturday 8 February 2014

Jawatan Kosong

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan mengalu-alukan mana-mana individu yang berminat dan sedia untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan untuk mengisi jawatan kosong yang diiklankan seperti berikut:
Jawatan :

1. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G27

2. PENOLONG PEGAWAI VETERINAR GRED G27
Permohonan jawatan-jawatan ini hendaklah dibuat SEPENUHNYA SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) menggunakan Sistem Permohonan Jawatan Online eSPN Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan dengan melayari alamat http://espn.kelantan.gov.my. Maklumat berkenaan jawatan serta syarat lantikan boleh disemak di Sistem eSPN.
Pemohon dikehendaki mendaftar sebagai pengguna sistem terlebih dahulu sebelum melengkapkan borang online SPN.KN. 1 – Pin 1/2013.
Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 23 FEBRUARI 2014.

Monday 3 February 2014

Tuesday 28 January 2014

Lawatan dari Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Terengganu

Lawatan dari Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Terengganu

29hb Januari 2014 - Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Terengganu telah membuat lawatan ke Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai. Lawatan untuk melihat Penarafan Bintang (SSR) di Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai. Lawatan diketuai oleh En Abd Hadi bin Mamat, Penolong Pegawai Daerah , Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Terengganu.

Galeri Foto Lawatan dari Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Terengganu

Saturday 11 January 2014