Pages

Sunday 22 April 2012

Tujuh hilang di Gunung Stong

KUALA KRAI - Hasrat sekumpulan 11 penduduk tempatan Dabong untuk mengikuti program keagamaan di Taman Negeri Gunung Stong, dekat sini, berakhir dengan tujuh daripada mereka hilang selama 28 jam di kawasan pergunungan itu sejak kelmarin.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/tujuh-hilang-di-gunung-stong-1.41965

Monday 16 April 2012

Karnival Kuala Krai... Acara Hari Ini - 17hb April 2012

Karnival Kuala Krai
Acara Hari Ini - 17hb April 2012

Demo Pemprosesan Minyak Kelapa Dara (Jab. Pertanian)
Persembahan Kanak-Kanak PDK
Wayang Kulit

Sunday 15 April 2012

Karnival Kuala Krai... Acara Hari Ini - 16hb April 2012

Karnival Kuala Krai
Acara Hari Ini - 16hb April 2012

Jualan Lemang (MDD)
Promosi Majari Services
Promosi Emas Dinar
Pertandingan Ukiran Buah (FAMA)
Pertandingan Teh Tarik Final

Warisi peninggalan datuk

 KUALA KRAI - Kelibat seorang remaja perempuan Cina ketika menyertai pertandingan motosikal klasik sempena Karnival Kuala Krai di Taman Chintawangsa, dekat sini, menarik perhatian peserta lain dan juga pengunjung pertandingan itu.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/warisi-peninggalan-datuk-1.40077

Thursday 12 April 2012

Masalah elektrik tak cukup

KUALA KRAI - Kira-kira 15 keluarga di Kampung Sri Panji, Mukim Kenor, dekat sini, terpaksa menyalakan lampu kediaman seawal jam 5 petang bagi memastikan mereka tidak bergelap pada waktu malam.

Seterusnya...

http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/masalah-elektrik-tak-cukup-1.39387


Wednesday 11 April 2012

Karnival Kuala Krai Jadual Minggu II - 15hb April - 21 April 2012

Karnival Kuala Krai
Jadual Minggu II - 15hb April - 21 April 2012

Karnival Kuala Krai Jadual Minggu I - 8hb April - 14 April 2012

Karnival Kuala Krai
Jadual Minggu I - 8hb April - 14 April 2012

Karnival Kuala Krai... Acara Sepanjang Hari Ini 12/4/2012

Karnival Kuala Krai
Acara Sepanjang Hari Ini


Senamrobik
Pameran Sejarah Kuala Krai
Pameran Seni Purba
Mewarna Tabika Perpaduan
Gigi Cantik - Unit Pergigian KKB
Pertandingan Gubahan Kraftangan
Sepetang Bersama Ustaz
Forum Perdana

Tuesday 10 April 2012

Sisa bahan binaan terbiar

Sisa bahan binaan terbiar
Sumber Sinar Harian Online

10 April 2012

KUALA KRAI - Kontraktor dan agensi kerajaan berkenaan, digesa menyelesaikan segera masalah sisa bahan binaan terbiar di sebuah sekolah kebangsaan di Guchil, dekat sini, sejak lebih empat bulan lalu.

Seterusnya

Monday 2 April 2012

Karnival Kuala Krai


Gangguan air sejak seminggu di Laloh

http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/gangguan-air-sejak-seminggu-di-laloh-1.36810

Gangguan air sejak seminggu di Laloh

2 April 2012
KUALA KRAI - Gangguan bekalan air bersih melanda beberapa kawasan di Laloh, dekat sini, sejak seminggu lalu menyebabkan lebih 50 keluarga terlibat terpaksa hidup dalam serba kekurangan dan berdepan pelbagai masalah.
Selain orang kampung, masalah turut menjejaskan aktiviti harian murid di sebuah sekolah kebangsaan, pengusaha kedai makan dan juga anggota Balai Polis Laloh, selepas bekalan air di rumah sewa mereka juga terganggu.
Penduduk, Yusoff Hassan, 55, berkata, kawasan paling teruk terjejas ialah kampung dalam kawat di pedalaman Laloh dan penempatan di belakang sebuah stesen minyak dekat sini.
Bagi tampung keperluan harian katanya, penduduk terjejas terpaksa bergantung kepada sungai, takungan air bukit atau tandak di Kampung Bechah Pulai dan sebuah lata air terjun sebagai sumber air.
“Sedih bila tengok penduduk terutama warga emas berulang-alik angkut air, bahkan ada seorang penduduk jatuh sakit sebab setiap hari nak kena punggah air.
“Anggota polis pula terpaksa mandi di balai, malah ada seorang anggota yang baru dapat anak terpaksa hantar isteri balik rumah mentua sebab masalah air di rumah sewa mereka,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Yusoff berkata, gangguan air yang memang kerap berlaku sebelum ini juga menyebabkan pengusaha kedai makan sekitar Pasar Besar Laloh menanggung kerugian kerana tidak dapat berniaga.
Selain orang kampung katanya, kerugian turut dialami pemilik rumah sewa di belakang stesen minyak, iaitu kawasan paling kerap dan paling lama terjejas bila berlaku gangguan air kerana penyewa tidak kekal lama akibat masalah itu.
“Bil air sampai setiap bulan dan kalau lambat sikit bayar, mulalah nak potong bekalan air, tetapi masalah air sering terputus di Laloh ini sejak dulu sampai sekarang masih tak boleh nak selesaikan,” katanya.
Justeru katanya, pihak berkenaan diminta segera mengatasi masalah itu, termasuk menimbang cadangan supaya bekalan air bersih untuk penduduk Laloh disambung terus dari paip utama berhampiran Jalan Kuala Krai-Gua Musang.
“Sekarang ini, bekalan dari tangki air di Manek Urai disalurkan melalui Manjur dan Karangan dulu baru sampai ke Laloh, jadi tekanan air rendah kerana jarak jauh dan kedudukan paip di kawasan berbukit.
“Jika dapat disambung dan disalurkan terus dari paip besar di simpang empat Laloh, saya percaya masalah air sering terputus di kawasan­ ini disebabkan tekanan air rendah dapat diselesaikan,” katanya.
Sementara itu, Azmi Mamat, 38, berkata, cadangan itu patut dipertimbangkan kerana sistem lama penyaluran bekalan air ke Laloh kini tidak mampu menampung bilangan penduduk yang semakin bertambah.
“Jika dulu, bolehlah kalau nak salur melalui Manjur dan Karangan kerana penduduk Laloh tak ramai lagi tetapi sekarang orang guna air semakin ramai termasuk untuk kegunaan industri,” katanya.

Sunday 1 April 2012

PERLAWANAN BOLA SEPAK PERSAHABATAN
Perlawanan bola sepak persahabatan diantara Pasukan Pilihan D.O. dan Pasukan Penduduk-Penduduk Kampung Sungai Sam akan diadakan pada 3 April 2012 (Selasa) bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan Sungai Sam bermula jam 4.00 petang.