Pages

Friday 29 November 2013

Selamat Datang Panel Penilaian Sistem Penarafan Bintang (SSR)

Selamat Datang Panel Penilaian Sistem Penarafan Bintang (SSR) ke Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai dari 1hb Disember 2013 - 2hb Disember 2013

Tuesday 26 November 2013

SEMINAR PEMIKIRAN TOK GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

SEMINAR PEMIKIRAN TOK GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

TARIKH: 14 DISEMBER 2013 (SABTU) bersamaan 11 SAFAR 1435H
MASA: 9:00 PAGI - 5:00 PETANG
TEMPAT: DEWAN JUBLI PERAK SUK SELANGOR, SHAH ALAM.

TOPIK SEMINAR:
1). DASAR MEMBANGUN BERSAMA ISLAM
2). PENGARUH PEMIKIRAN POLITIK TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ
3). AGENDA PERPADUAN KAUM

JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK "SLOT IN PERSON BERSAMA TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT"

UNTUK MAKLUMAT PENDAFTARAN SILA SMS/WHATSAPP :
018-204 8416


Sunday 17 November 2013

SEMINAR PEMBANGUNAN TANAH Anjuran Persatuan Pegawai Tadbir Kerajaan Negeri Kelantan

SEMINAR PEMBANGUNAN TANAH
Anjuran Persatuan Pegawai Tadbir Kerajaan Negeri Kelantan

Tempat : Hotel Grand Riverview, Kota Bharu
Tarikh : 8 dan 9 Disember 2013

Maklumat lanjut boleh berhubung degan :
Cik Sue : 019-9533996 Cik illiy : 013-9301071



Saturday 16 November 2013

Majlis Solat Hajat Bagi Persediaan M'hadapi Bencana (Banjir)

Majlis Solat Hajat Bagi Persediaan M'hadapi Bencana (Banjir) di Kuala Krai 2013/2014 hari ini DITUNDA ke 18/11/2013 di Kediaman Rasmi KJ.

Wednesday 13 November 2013

Selamat Datang

Selamat Datang kepada Ketua-ketua Jajahan ke Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai sempena Mesyuarat Ketua Jajahan Bil 4 /2013 pada 14hb November 2013

Saturday 9 November 2013

Selamat menyambut Hari Keputeraan Al-Sultan Kelantan

Daulat Tuanku.
Selamat menyambut Hari Keputeraan Baginda pada 11 dan 12 November 2013.
Semoga Allah akan terus memanjangkan usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan Kelantan.#Allahuakbar

TG Nik Aziz terima Anugerah Khas Ikon Anak Muda Kelate

KOTA BHARU: Bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendapat Anugerah Khas Ikon Anak Muda Kelate oleh kerajaan negeri. Anugerah julung kali diadakan itu sempena program Penganugerahan Tokoh Anak Muda Kelate 2013 yang diadakan dua tahun sekali.

Majlis yang penuh bersejarah itu diadakan di Dewan Teratai, Kota Darulnaim di sini tengah hari tadi. Anugerah berkenaan diberikan kepadanya memandangkan beliau sentiasa menjadi idola pada anak muda tanpa mengira bangsa di negara ini. Sementara itu, pemain berbisa pasukan The Red Warriors, Mohammad Badri Mohd Radzi, atau lebih dikenali sebagai ‘Piya’ dianugerahkan Tokoh Sukan. Penyerang di posisi ‘attacking midfielder’ itu juga turut mendapat jolokan ‘Kapten Marvel’.

Sementara itu Tokoh Ulama Muda pula dianugerahkan kepada pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Ustaz Mohd Asri Mat Daud, Tokoh Akademik pula Prof Madya Dr Irfan Mohammad. Selain itu Tokoh Usahawan, Syeikh Kyairder Syamzarey Wan Idris dan Anugerah Khas Murabi Anak Muda Kelate pula dianugerahkan kepada allahyarham Datuk Yahya Othman.

Kerajaan Kelantan turut menghadiahkan wang tunai RM2,000, pakej umrah, plak dan sijil yang ditanda tangani oleh Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob kepada empat orang tokoh tersebut. Turut hadir pada majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat, Mumtaz Md Nawi dan wakil-wakil rakyat. Ustaz Ahmad ketika berucap pada majlis perasmian itu, berkata kerajaan negeri menganugerahkan beberapa tokoh kepada golongan muda dengan harapan mereka menjadi contoh pada masyarakat khasnya anak muda.

“Kehebatan anak muda dalam beberapa kategori telah dicungkil untuk diberi anugerah khas pada mereka semoga anak muda yang lain ingin menjadikan contoh yang sama,” ujarnya. Sambungnya, kerajaan negeri tidak akan membiarkan golongan itu bersendirian tanpa memandu arah pada jalan kebaikan kerana mereka adalah bakal pentadbir negeri dan negara.

Tegasnya, apa lagi golongan ini mudah dibentuk, ke arah mana mereka ingin dibawa. “Sejarah Islam di zaman Rasulullah telah membuktikan anak-anak muda sebagai perisai kekuatan Islam seperti Saidina Ali, Saidina Omar, Abu Bakar dan sebagainya. “Sahabat baginda ini sewajarnya menjadi contoh bagaimana kehebatan darah muda mereka dimanfaatkan untuk Islam dan masyarakat,” ujarnya. Turut berucap pada majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Dr Ramli Mamat.