Pages

Saturday 28 December 2013

Kaunter Bayaran Hasil PTJKK

Makluman

Adalah dimaklumkan bahawa Kaunter Bayaran Hasil PTJKK akan ditutup pada 31hb Disember 2013 (Selasa) dari jam 11:00 pagi sehingga 5:00 petang. Ini bagi membolehkan kerja-kerja penutupan akaun 2013 di Sistem Pungutan Hasil Tanah Berkomputer (SPHTB) dan mewujudkan rekod cukai bagi tahun 2014

Friday 29 November 2013

Selamat Datang Panel Penilaian Sistem Penarafan Bintang (SSR)

Selamat Datang Panel Penilaian Sistem Penarafan Bintang (SSR) ke Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai dari 1hb Disember 2013 - 2hb Disember 2013

Tuesday 26 November 2013

SEMINAR PEMIKIRAN TOK GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

SEMINAR PEMIKIRAN TOK GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

TARIKH: 14 DISEMBER 2013 (SABTU) bersamaan 11 SAFAR 1435H
MASA: 9:00 PAGI - 5:00 PETANG
TEMPAT: DEWAN JUBLI PERAK SUK SELANGOR, SHAH ALAM.

TOPIK SEMINAR:
1). DASAR MEMBANGUN BERSAMA ISLAM
2). PENGARUH PEMIKIRAN POLITIK TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ
3). AGENDA PERPADUAN KAUM

JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK "SLOT IN PERSON BERSAMA TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT"

UNTUK MAKLUMAT PENDAFTARAN SILA SMS/WHATSAPP :
018-204 8416


Sunday 17 November 2013

SEMINAR PEMBANGUNAN TANAH Anjuran Persatuan Pegawai Tadbir Kerajaan Negeri Kelantan

SEMINAR PEMBANGUNAN TANAH
Anjuran Persatuan Pegawai Tadbir Kerajaan Negeri Kelantan

Tempat : Hotel Grand Riverview, Kota Bharu
Tarikh : 8 dan 9 Disember 2013

Maklumat lanjut boleh berhubung degan :
Cik Sue : 019-9533996 Cik illiy : 013-9301071



Saturday 16 November 2013

Majlis Solat Hajat Bagi Persediaan M'hadapi Bencana (Banjir)

Majlis Solat Hajat Bagi Persediaan M'hadapi Bencana (Banjir) di Kuala Krai 2013/2014 hari ini DITUNDA ke 18/11/2013 di Kediaman Rasmi KJ.

Wednesday 13 November 2013

Selamat Datang

Selamat Datang kepada Ketua-ketua Jajahan ke Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai sempena Mesyuarat Ketua Jajahan Bil 4 /2013 pada 14hb November 2013

Saturday 9 November 2013

Selamat menyambut Hari Keputeraan Al-Sultan Kelantan

Daulat Tuanku.
Selamat menyambut Hari Keputeraan Baginda pada 11 dan 12 November 2013.
Semoga Allah akan terus memanjangkan usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan Kelantan.#Allahuakbar

TG Nik Aziz terima Anugerah Khas Ikon Anak Muda Kelate

KOTA BHARU: Bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendapat Anugerah Khas Ikon Anak Muda Kelate oleh kerajaan negeri. Anugerah julung kali diadakan itu sempena program Penganugerahan Tokoh Anak Muda Kelate 2013 yang diadakan dua tahun sekali.

Majlis yang penuh bersejarah itu diadakan di Dewan Teratai, Kota Darulnaim di sini tengah hari tadi. Anugerah berkenaan diberikan kepadanya memandangkan beliau sentiasa menjadi idola pada anak muda tanpa mengira bangsa di negara ini. Sementara itu, pemain berbisa pasukan The Red Warriors, Mohammad Badri Mohd Radzi, atau lebih dikenali sebagai ‘Piya’ dianugerahkan Tokoh Sukan. Penyerang di posisi ‘attacking midfielder’ itu juga turut mendapat jolokan ‘Kapten Marvel’.

Sementara itu Tokoh Ulama Muda pula dianugerahkan kepada pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Ustaz Mohd Asri Mat Daud, Tokoh Akademik pula Prof Madya Dr Irfan Mohammad. Selain itu Tokoh Usahawan, Syeikh Kyairder Syamzarey Wan Idris dan Anugerah Khas Murabi Anak Muda Kelate pula dianugerahkan kepada allahyarham Datuk Yahya Othman.

Kerajaan Kelantan turut menghadiahkan wang tunai RM2,000, pakej umrah, plak dan sijil yang ditanda tangani oleh Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob kepada empat orang tokoh tersebut. Turut hadir pada majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat, Mumtaz Md Nawi dan wakil-wakil rakyat. Ustaz Ahmad ketika berucap pada majlis perasmian itu, berkata kerajaan negeri menganugerahkan beberapa tokoh kepada golongan muda dengan harapan mereka menjadi contoh pada masyarakat khasnya anak muda.

“Kehebatan anak muda dalam beberapa kategori telah dicungkil untuk diberi anugerah khas pada mereka semoga anak muda yang lain ingin menjadikan contoh yang sama,” ujarnya. Sambungnya, kerajaan negeri tidak akan membiarkan golongan itu bersendirian tanpa memandu arah pada jalan kebaikan kerana mereka adalah bakal pentadbir negeri dan negara.

Tegasnya, apa lagi golongan ini mudah dibentuk, ke arah mana mereka ingin dibawa. “Sejarah Islam di zaman Rasulullah telah membuktikan anak-anak muda sebagai perisai kekuatan Islam seperti Saidina Ali, Saidina Omar, Abu Bakar dan sebagainya. “Sahabat baginda ini sewajarnya menjadi contoh bagaimana kehebatan darah muda mereka dimanfaatkan untuk Islam dan masyarakat,” ujarnya. Turut berucap pada majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Dr Ramli Mamat.

Saturday 26 October 2013

PERSEMBAHAN DIKIR BARAT ASLI Veteran VS Belia

PERSEMBAHAN DIKIR BARAT ASLI Veteran VS Belia pada 28 Oktober 2013 (Isnin) di Gelanggang Seni, Kota Bharu jam 9.00 malam.. MASUK 'FREE' 

Sunday 20 October 2013

Selamat Datang Panel Penilaian Sistem Penarafan Bintang (SSR)

Selamat Datang Panel Penilaian Sistem Penarafan Bintang (SSR)

Selamat Datang Panel Penilaian Sistem Penarafan Bintang (SSR) ke Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai dari 21hb Oktober 2013 - 24hb Oktober 2013

Saturday 19 October 2013

Majlis Himpunan Penjawat Awam Negeri Kelantan Bersama YAB Ustaz Dato' Menteri Besar Kelantan

Majlis Himpunan Penjawat Awam Negeri Kelantan Bersama YAB Ustaz Dato' Menteri Besar Kelantan Sempena Majlis Sambutan 23 Tahun Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan - Membangun Bersama Islam

Tuesday 27 August 2013

Semurni Syawal / Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1434H/2013M Peringkat Jajahan Kuala Krai

Semurni Syawal / Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1434H/2013M Peringkat Jajahan Kuala Krai

Tarikh : 4 September 2013 Rabu
Jam : 12.00 tengahari
Tempat : Halaman Depan Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai

Sunday 18 August 2013

Majlis Penyampaian Bantuan Mangsa Kebakaran Sumbangan Yayasan Sultan Kelantan

Majlis Penyampaian Bantuan Mangsa Kebakaran Sumbangan Yayasan Sultan Kelantan - bantuan disampaikan oleh YB Dato' Dr. Haji Zainuddin Bin Haji Ibrahim. Tarikh : 19 Ogos 2013 (Isnin). Masa : 3 petang

Monday 5 August 2013

Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Balik Kampung Hari Raya Aidilfitri 1434H

Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Balik Kampung Hari Raya Aidilfitri 1434H

5 Ogos 2013 - Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Balik Kampung Hari Raya Aidilfitri 1434H telah diadakan pada 5 Ogos 2013 (Isnin) berhadapan Pejabat Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Kuala Krai. Sempena majlis ini, wakil jabatan sekitar Kuala Krai telah menyerahkan cenderamata kepada pengguna jalanraya yang balik kampung. Semoga perjalanan balik kampung lancar dan selamat.

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.569935489714504.1073741832.170799449628112&type=1 

Sunday 28 July 2013

Majlis Penyampaian Bantuan Cermin Mata daripada Yayasan Sultan Kelantan

Majlis Penyampaian Bantuan Cermin Mata daripada Yayasan Sultan Kelantan. Pada 30hb Julai 2013 bersamaan 21 Ramadan 1434H. Bertempat di Dewan Majlis Daerah Machang . Jam 1.00 petang

IFTOR MAEI QIAM WITH ME 1434H/2013M

IFTOR MAEI QIAM WITH ME 1434H/2013M

Tarikh : 26 & 27 Ramadhan 1434H bersamaan 04 & 05 Ogos 2013M (Ahad & Isnin)
Masa : 6.00 petang - 6.30 pagi
Tempat : Dewan Jubli Perak Istana Negeri, Kubang Kerian

SEMUA MUSLIMIN DIJEMPUT HADIR.



Sunday 21 July 2013

Majlis Tadarus Dan Berbuka Puasa Peringkat Jajahan Kuala Krai 2013

Majlis Tadarus Dan Berbuka Puasa Peringkat Jajahan Kuala Krai telah diadakan 21 Julai 2013 (Ahad) bertempat di Masjid Mukim Sungai Sok. Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian Yang Berhormat Yusnan Mohd Yusoff ADUN Melor merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan. Majlis Tadarus diketuai oleh Naqib YB Al Fadhil Ust Zulkarnain bin hassan , Pensyarah KIAS. Selepas majlis tadarus, majlis berbuka puasa diadakan diperkarangan Masjid Mukim Sungai Sok
 
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.563314597043260.1073741831.170799449628112&type=1
 

Thursday 18 July 2013

Majlis Tadarus Al-Quran dan Berbuka Puasa Peringkat Jajahan Kuala Krai

Majlis Tadarus Al-Quran dan Berbuka Puasa Peringkat Jajahan Kuala Krai akan diadakan pada 21/07/2013 (12 Ramadhan) bertempat di Masjid Mukim Sungai Sok, Olak Jeram. Acara akan bermula mulai jam 06.00 petang. semua muslimin dan muslimat dijemput hadir

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=559516370756416&set=a.285188758189180.64873.170799449628112&type=1&theater

Saturday 13 July 2013

Program Ihya’ Ramadhan 1434H/2013M

Program Ihya’ Ramadhan 1434H/2013M Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam akan bermula Awal Ramadhan (1 Ramadhan 1434H / 10 Julai 2013) hingga Awal Syawal (1 Syawal 1434H / 08 Ogos 2013) bertempat di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV.

Antara aktiviti utama yang akan diadakan adalah:-
- Solat terawih berjemaah
- Berbuka puasa dan bersahur
- Penyampaian sumbangan fakir miskin
- Tazkirah dan bicara keilmuan
- Relay bacaan Al-Quran, majlis khatam Al-Quran, munajat dan bacaan Yasin
- Sepetang di ambang iftar
- Mubarak cafe dan bazar Al-Rahman

http://www.ihyaramadhan.net/v2/

Tuesday 9 July 2013

Waktu Bekerja Sepanjang Bulan Ramadan

Waktu Bekerja Sepanjang Bulan RamadanAhad - Rabu
8.00 pagi - 4.00 petang

Khamis8.00 pagi - 2.30 petang

Monday 1 July 2013

Pengumuman

Pengumuman
Kepada semua pelanggan yang dihormati. Talian Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai tidak dapat beroperasi akibat kecurian kabel telefon.

Pejabat ini boleh dihubungi melalui talian 011-14965293 yang mula boleh dihubungi mulai 02 Julai 2013.

Bagi urusan penghantaran dokumen secara faks mohon disalurkan ke talian Majlis Daerah Kuala Krai di : 09-9663284 @ telefon 09-9602000

Wednesday 19 June 2013

Majlis Tautan Terindah

Majlis sempena meraikan kakitangan yang bertukar, kakitangan yang bakal pencen, pelajar praktikal yang bakal menamatkan latihan dan tazkirah. Majlis dimulakan dengan tazkirah yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari Pejabat Agama Jajahan Pasir Mas , Ustaz Suratemi bin Mat Yusoff. Disusuli dengan ucapan Tuan Ketua Jajahan dan pemyampaian cenderamata kepada  kakitangan yang pencen, bertukar dan pelajar praktikal yang menamatkan latihan.

Sunday 26 May 2013

Program Derma Darah Pada 20 Jun 2013

Pusat Perubatan An-Nisa’ dengan Kerjasama Unit Tabung Darah HRPZ 11 akan mengadakan Program Derma Darah Pada 20 Jun 2013 ( Khamis) bertempat di perkarangan An-Nisa’ dari jam 9.00 pg – 3.00 ptg.  “ Jom Pakat Gi Derma Darah”. Hubungi 09 7414444 / 097414446 /09 7414439

Saturday 25 May 2013

PESTA WAU BERCAHAYA ANTARABANGSA KELANTAN 2013

PESTA WAU BERCAHAYA ANTARABANGSA KELANTAN 2013, jangan lupa saksikan persembahan unik ini bersempena Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2013, di Pantai Geting, Tumpat pada Jumaat, 31 Mei 2013 bermula jam 9.00 malam



Monday 1 April 2013

Majlis Penyampaian Baucar Pembinaan Rumah Agihan Zakat MAIK 2013

        Majlis Penyampaian Baucar Pembinaan Rumah Agihan Zakat MAIK Tahun 2013 bagi jajahan Kuala Krai akan diadakan pada 3hb April 2013M bersamaan dengan 22 Jamadil Awal 1434H bertempat di Bilik Gerakan PTJKK. Majlis bermula pada jam 9.30 pagi.

Thursday 28 March 2013

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan 2013

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan 2013
20-23 Jamadil Awal 1434H Bersamaan 01-04 April 2013M

Isnin - Khamis 8.40 malam, Dewan Utama Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra, Panji, Kota Bharu

Majlis Perasmian (01 April 2013)
YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Menteri Besar Kelantan

Majlis Pengurnian Hadiah (04 April 2013)
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V

Semua dijemput hadir.....



Saturday 16 March 2013

Tilawah Al-Quran Peringkat Jajahan Kuala Krai Tahun 2013

Tilawah Al-Quran Peringkat Jajahan Kuala Krai
        Tilawah Al-Quran Peringkat Jajahan Kuala Krai telah diadakan pada 14hb Mac 2013 bersamaan dengan 2 Jamadil Awal 1434H. Majlis diadakan di Masjid Mukim Laloh. Seramai 4 qari dan 3 qariah telah menyertai tilawah pada tahun ini. Johan Qari adalah En. Mohd Azmi Bin Abdullah dan Johan Qariah adalah Pn. Norma Binti Deraman. 
                    Galeri Foto

Wednesday 13 March 2013

International Chopper's Bike Meet Kelantan

International Chopper's Bike Meet Kelantan, 22 & 23 Mac 2013 di Dataran Lembah Sireh..

Monday 11 March 2013

PAMERAN KHAZANAH PANTAI TIMUR


PAMERAN KHAZANAH PANTAI TIMUR akan berlangsung pada 16 MAC 2013 sehingga 31 Mei 2013 bertempat di GALERI ATAS MUZIUM ISLAM (Bersebelahan Masjid Muhammadi Kota Bharu). Pameran dibuka pada jam 9.00 pagi sehingga 5 petang setiap hari kecuali Hari Jumaat.

"Kawasan Pantai Timur Semenanjung sememangnya kaya dengan pelbagai tinggalan khazanah yang menarik lagi unik. Khazanah ini sejak sekian lama menjadi aset kepada perkembangan industri pelancongan negeri khusunya dan Negara amnya.

Dalam pada itu penerokaan serta inisiatif berterusan daripada pelbagai pihak telah menghasilkan lebih banyak khazanah-khazanah baru mula dikenalpasti. Ini menggambarkan betapa Negara ini kaya dengan pelbagai khazanah warisan yang mampu menarik pengunjung luar dan dalam Negara.

Sunday 10 March 2013

Karnival Kerajaan Elektronik & Inovasi Negeri Kelantan


Mengalu-alukan penyertaan pelajar IPT, kakitangan agensi kerajaan / swasta, usahawan dan orang ramai
menyertai seminar atau bengkel Karnival Kerajaan Elektronik & Inovasi Negeri Kelantan 2013

PENYERTAAN ADALAH TERHAD

Sila hantar borang ini sebelum atau pada 30 April 2013 kepada :-

Urusetia Karnival Kerajaan Elektronik & Inovasi Negeri Kelantan
Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
Blok 6, Tingkat 1, Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu, Kelantan.
Tel : 09-743 0504 Faks : 09-743 0504
Emel : keik@kelantan.gov.my

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Encik Mohd Rusdi bin Hamid di talian 09 748 1957 samb. 6145

Borang Penyertaan :
https://www.dropbox.com/s/znr0vkx638m18k1/borang-penyertaan-keik2013.pdf

Wednesday 6 March 2013

Ekspo dan Pameran Kelantan 2013

Nantikan Ekspo dan Pameran Kelantan 2013, di Seksyen 15 Shah Alam. Pelbagai barangan dan produk dari Negeri Cik Siti Wan Kembang akan dipamerkan. Jumpa anda kami di sana. ~ Mari Kito Pakat Mari ~

Tuesday 5 March 2013

#CYBER999

Anda diganggu (harrased) di alam siber? Laporkan ke #CYBER999:

*Online Web Reporting: www.mycert.org.my
*Email: cyber999@cybersecurity.my
*Telephone (office hours): 1-300-88-2999
*Handphone (24hrs): 019 – 266 5850
*SMS (24hrs): CYBER999 REPORT <EMAIL> <INCIDENT> and send it to 15888
*Fax: 03 – 8945 3442

Monday 4 March 2013

Semakan Daftar Pemilih

Pengumuman kepada semua pemilih-pemilih - semakan terhadap daftar pemilih terkini boleh dilakukan melalui web site www.spr.gov.my untuk mempastikan anda menjadi pemilih pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

Wednesday 27 February 2013

Tilawah Al-Quran Peringkat Jajahan Kuala Krai

Tilawah Al-Quran peringkat jajahan Kuala Krai akan diadakan pada 17hb Mac 2013 bersamaan dengan 5 Jamadil Awal 1434H. Majlis ini akan diadakan di Masjid Mukim Laloh. Penduduk di sekitar Kuala Krai dijemput hadir.

Wednesday 20 February 2013

Pertandingan Musabaqah Alquran Peringkat Jajahan Kuala Krai

Pengumuman, pertandingan musabaqah alquran peringkat jajahan kuala krai akan diadakan pada pertengahan bulan mac 2013, borang-borang penyertaan boleh didapati di pejabat penggawa berdekatan, pejabat agama serta pejabat tanah kuala krai...pada tahun ini juga, kerajaan turut membenarkan qariah untuk mengambil bahagian...

Taklimat kepada petugas-petugas pilihanraya

Pengumuman - Taklimat kepada petugas-petugas pilihanraya iaitu Ketua Tempat Mengundi, Kerani Pengundian dan Penyelia Pusat Mengundi akan diadakan pada 24-25/02/2013 bertempat di Dewan Petra, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai...

Sunday 3 February 2013

PELANJUTAN TAWARAN PENGURANGAN DENDA 80% KE ATAS CUKAI TANAH TERTUNGGAK

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan telah memutuskan untuk melanjutkan tawaran pengurangan denda 90% ke atas cukai tanah tertunggak sehingga penghujung tahun 2013

http://www.ptjkk.kelantan.gov.my/myptjkk/sptd/

Wednesday 30 January 2013

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Jajahan Kuala Krai

Aturcara Majlis sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Jajahan Kuala Krai bertempat di Masjid Mukim Dabong pada 4 hb Februari 2013

Wednesday 9 January 2013

"TIADA AEDES TIADA DENGGI"

pernahkah anda membaca iklan
"TIADA AEDES TIADA DENGGI"...
jaga kebersihan kediaman/taman/lokaliti anda...
10 minit setiap minggu...

Tuesday 8 January 2013

Pengemaskinian alamat

Pengumuman...pentadbiran tanah jajahan menghadapi masalah untuk berhubung dengan pemohon-pemohon tanah yang lama dengan menggunakan alamat yang sukar dikesan, kebiasaannya surat-surat jabatan akan ditinggalkan di kedai kopi dikampung-kampung. Sehubungan itu, mohon bantuan rakan-rakan blog utk memaklum@ menyebar hini, supaya pemohon-pemohon tampil ke Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai bagi mengemaskini alamat & menyelesaikan urusan permohonan itu..

Tuesday 1 January 2013

BIGSCREEN ~ PIALA SUMBANGSIH : TRW VS ATM

BIGSCREEN ~ PIALA SUMBANGSIH : TRW VS ATM : 5.1.2013, Jam 8.00 Malam.. bertempat di perkarangan MUZIUM NEGERI.
Final CYBERGAMES PES2013 akan dilangsungkan sebelum bermulanya perlawanan SUMBANGSIH, cabutan bertuah dan pelbagai lagi aktiviti menarik menanti anda.. Jemput hadir beramai-ramai ~