Pages

Sunday 28 July 2013

Majlis Penyampaian Bantuan Cermin Mata daripada Yayasan Sultan Kelantan

Majlis Penyampaian Bantuan Cermin Mata daripada Yayasan Sultan Kelantan. Pada 30hb Julai 2013 bersamaan 21 Ramadan 1434H. Bertempat di Dewan Majlis Daerah Machang . Jam 1.00 petang

IFTOR MAEI QIAM WITH ME 1434H/2013M

IFTOR MAEI QIAM WITH ME 1434H/2013M

Tarikh : 26 & 27 Ramadhan 1434H bersamaan 04 & 05 Ogos 2013M (Ahad & Isnin)
Masa : 6.00 petang - 6.30 pagi
Tempat : Dewan Jubli Perak Istana Negeri, Kubang Kerian

SEMUA MUSLIMIN DIJEMPUT HADIR.



Sunday 21 July 2013

Majlis Tadarus Dan Berbuka Puasa Peringkat Jajahan Kuala Krai 2013

Majlis Tadarus Dan Berbuka Puasa Peringkat Jajahan Kuala Krai telah diadakan 21 Julai 2013 (Ahad) bertempat di Masjid Mukim Sungai Sok. Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian Yang Berhormat Yusnan Mohd Yusoff ADUN Melor merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan. Majlis Tadarus diketuai oleh Naqib YB Al Fadhil Ust Zulkarnain bin hassan , Pensyarah KIAS. Selepas majlis tadarus, majlis berbuka puasa diadakan diperkarangan Masjid Mukim Sungai Sok
 
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.563314597043260.1073741831.170799449628112&type=1
 

Thursday 18 July 2013

Majlis Tadarus Al-Quran dan Berbuka Puasa Peringkat Jajahan Kuala Krai

Majlis Tadarus Al-Quran dan Berbuka Puasa Peringkat Jajahan Kuala Krai akan diadakan pada 21/07/2013 (12 Ramadhan) bertempat di Masjid Mukim Sungai Sok, Olak Jeram. Acara akan bermula mulai jam 06.00 petang. semua muslimin dan muslimat dijemput hadir

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=559516370756416&set=a.285188758189180.64873.170799449628112&type=1&theater

Saturday 13 July 2013

Program Ihya’ Ramadhan 1434H/2013M

Program Ihya’ Ramadhan 1434H/2013M Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam akan bermula Awal Ramadhan (1 Ramadhan 1434H / 10 Julai 2013) hingga Awal Syawal (1 Syawal 1434H / 08 Ogos 2013) bertempat di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV.

Antara aktiviti utama yang akan diadakan adalah:-
- Solat terawih berjemaah
- Berbuka puasa dan bersahur
- Penyampaian sumbangan fakir miskin
- Tazkirah dan bicara keilmuan
- Relay bacaan Al-Quran, majlis khatam Al-Quran, munajat dan bacaan Yasin
- Sepetang di ambang iftar
- Mubarak cafe dan bazar Al-Rahman

http://www.ihyaramadhan.net/v2/

Tuesday 9 July 2013

Waktu Bekerja Sepanjang Bulan Ramadan

Waktu Bekerja Sepanjang Bulan RamadanAhad - Rabu
8.00 pagi - 4.00 petang

Khamis8.00 pagi - 2.30 petang

Monday 1 July 2013

Pengumuman

Pengumuman
Kepada semua pelanggan yang dihormati. Talian Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai tidak dapat beroperasi akibat kecurian kabel telefon.

Pejabat ini boleh dihubungi melalui talian 011-14965293 yang mula boleh dihubungi mulai 02 Julai 2013.

Bagi urusan penghantaran dokumen secara faks mohon disalurkan ke talian Majlis Daerah Kuala Krai di : 09-9663284 @ telefon 09-9602000