Pages

Saturday 25 August 2012

Semakan Status Pendaftaran Miskin Tegar Negeri Kelantan

Semakan Status Pendaftaran Miskin Tegar Negeri Kelantan

http://etegar.kelantan.gov.my/portal_system/semak_pendaftaran.php

Ketua Isi Rumah (KIR) yang ingin mendaftar dalam e-Tegar hendaklah memenuhi kriteria yang ditetapkan. Bagi yang laya
k, mereka perlu mengisi borang melalui Penggawa masing-masing atau hadir sendiri ke Pejabat Tanah Dan Jajahan yang berdekatan.

Sila download Borang
Panduan Pendaftaran dan Pengguna
1. Pendaftaran boleh dilakukan dengan memuat-turun borang pendaftaran melalui prtal e-Tegar (http://etegar.kelantan.gov.my/) atau,
dengan menghubungi,
Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan (UPEN)
Tingkat 1, Blok 6, Kompleks Kota Darulnaim
Tel : 09-748 4259
atau, Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan (PPN)
Blok JKR 7, Kompleks Kota Darulnaim
Tel : 09-748 1180 / 09-748 5909
atau,
di seluruh Pejabat Tanah dan Jajahan (PTJ) di Negeri Kelantan.
2. Bagi orang awam atau wakil KIR dibolehkan membuat makluman ke alamat di atas atau dengan melayari portal e-Tegar. Makluman akan disiasat dan disahkan oleh Penggawa / PTJ.
3. Profil (Borang) pendaftaran akan disiasat dan disahkan di lapangan Pejabat Tanah dan Jajahan dan dimasukkan dalam Sistem e-Tegar.
4. Rekod dan sumber bantuan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
5. Pelarasan bantuan yang sesuai akan dilakukan bagi tujuan pemutihan

Sistem Pendaftaran Penduduk Miskin Tegar Negeri Kelantan | SIAPA YANG LAYAK MENDAFTAR?

http://etegar.kelantan.gov.my/

e-Tegar adalah singkatan dari Sistem Pendaftaran Penduduk Miskin Tegar Negeri Kelantan yang dibangunkan oleh Unit Perancang Ekonomi bagi memberi kemudahan kepada Pejabat Tanah Dan Jajahan (PTJ) mengumpul maklumat dan profail Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIR) di seluruh Negeri.

SIAPA YANG LAYAK MENDAFTAR?

Golongan yang mempunyai pendapatan kurang dari RM430.00, manakala pendapatan perkapita isi rumah adalah RM100.00 dengan bilangan isi rumah 4.4 orang.

Sumber : Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM)

Muat turun borang pendaftaran dan serahkan borang yang lengkap diisi kepada Pejabat Tanah dan Jajahan atau melalui Penggawa.

Muat Turun Borang

http://etegar.kelantan.gov.my/portal_system/downloads/borang_kir.pdf

Wednesday 22 August 2012

Sistem Pendaftaran Penduduk Miskin Tegar Negeri Kelantan

Sistem Pendaftaran Penduduk Miskin Tegar Negeri Kelantan - http://etegar.kelantan.gov.my/

Sistem mensasarkan untuk mengurangkan dan menghapuskan miskin tegar di seluruh Negeri Kelantan secara atas talian berdasarkan ciri-ciri berikut :


1) Mewujudkan satu pangkalan data bersepadu yang menjadi asas perancangan program basmi miskin tegar di Negeri Kelantan.
 
2)  Menyelaras skim/bantuan kepada KIR yang berdaftar dengan e-Tegar yang dilaksanakan oleh agensi-agensi pemberi bantuan.
 
3) Mewujudkan satu Knowledge Base mengenai program/projek kemiskinan yang telah dilaksanakan sebagai rujukan.
 
4) Membantu analisis maklumat dan pemetaan miskin tegar (poverty mapping) dalam bentuk jadual dan carta yang integrasikan kepada system GIS.