Pages

Tuesday 29 May 2012

Bertani Satu Ibadah

Bermula 5 Jun hingga 10 Jun 2012 ini, bertempat di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu. "Bertani Satu Ibadah". Maklumat lanjut layari http://www.bertanisatuibadah.net/

Wednesday 23 May 2012

Sambutan Hari Anak Muda Kelate 2012


PROGRAM QIAMULAIL PERDANA SEMPENA KARNIVAL AL-QURAN

PROGRAM QIAMULAIL PERDANA SEMPENA KARNIVAL AL-QURAN

Tarikh : 25 Mei 2012 (Jumaat)
Masa : 4.00 pagi
Tempat : Masjid Tengku Muhammad Faris Petra, Kuala Krai

Dijemput hadir beramai-ramai

Majlis Perasmian Rangkaian TV Kelantan ( RTV)

Majlis Perasmian Rangkaian TV Kelantan ( RTV) telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi ini bertempat di Dewan Teratai, Kota Darulnaim.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Dr.Muhammad Fadzli Dato Hassan.Hadir sama Speaker Dun Kelantan Datuk Nasruddin Daud, Wakil-Wakil Rakyat, Ketua-Ketua Jajahan dan pegawai kerajaan.

Layari :
http://rtv.kelantan.my/

Monday 21 May 2012

MAJLIS SUKANEKA PUSPANITA NEGERI KELANTAN BERSAMA PUSPANITA JAJAHAN KUALA KRAI


Tarikh : 22 Mei 2012 (Selasa)
Masa : 9.30 pg - 1 tghari
Tempat : Taman Chintawangsa Kuala Krai

SOLAT SUNAT DHUHA PERINGKAT JAJAHAN KUALA KRAI

Solat Sunat Dhuha Peringkat Jajahan Kuala Krai telah diadakan pada hari Selasa, 22 Mei 2012 bermula jam 8.30 pagi. Solat dihadiri oleh kakitangan awan dan penduduk sekitar jajahan Kuala Krai. Solat di Imami oleh Imam 2 masjis Tengku Muhammad Faiz Petra.

Wednesday 9 May 2012

Gotong Royong Menanam Pokok di Perkarangan Pejabat Tanah & Jajahan Kuala Krai

Gotong Royong Menanam Pokok di Perkarangan Pejabat Tanah & Jajahan Kuala Krai telah diadakan pada 10 Mei 2012 bermula jam 8.00 pagi. Gotong royong ini telah disertai oleh kakitangan PTJKK. Gotong royong ini bertujuan untuk menceriakan lagi perkarangan pejabat serta mengeratkan silaturahim sesama kakitangan.

Bibir Raja Ular 'dicium' tedung

KUALA KRAI - Pengalaman banyak kali dipatuk ular menyelamatkan seorang pemuda dari Guchil 1, dekat sini, Mohd Hamdan Mahadi apabila dia sekali lagi dipatuk tedung senduk dan kali ini pada bibir.

Mohd Hamdan, 26, berkata, kejadian berlaku ketika dia membuat pertunjukan ular sempena program Cakna Rakyat Dewan Undangan Negeri Mengkebang, di sini, Sabtu lalu.

Katanya, tedung senduk dianggarkan berusia lima tahun yang mematuknya itu baru ditangkap di Guchil, kira-kira empat jam sebelum pertunjukan.


Sinar Harian Online

Tuesday 8 May 2012

TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT JAJAHAN KUALA KRAI 2012

TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT JAJAHAN KUALA KRAI 2012


Tempat : Masjid Sungai Pas
Tarikh   :  17 Mei 2012 (Khamis)
Masa    : 7:30 malam

Monday 7 May 2012

Sembilan sekeluarga hilang rumah, kedai dalam dua kejadian berbeza

KUALA KRAI - Sembilan sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka di Kampung Bechah Pulai, Laloh, dekat sini, musnah dalam kebakaran, semalam.

Lebih menyedihkan, kebakaran kira-kira jam 3 petang semalam adalah kejadian kedua menimpa keluarga itu selepas kedai runcit disewa mereka di Kampung Laloh musnah terbakar hampir tiga tahun lalu.

Sinar Harian Online

PESTA WAU ANTARABANGSA KALI KE 30