Pages

Thursday 28 March 2013

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan 2013

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan 2013
20-23 Jamadil Awal 1434H Bersamaan 01-04 April 2013M

Isnin - Khamis 8.40 malam, Dewan Utama Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra, Panji, Kota Bharu

Majlis Perasmian (01 April 2013)
YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Menteri Besar Kelantan

Majlis Pengurnian Hadiah (04 April 2013)
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V

Semua dijemput hadir.....



Saturday 16 March 2013

Tilawah Al-Quran Peringkat Jajahan Kuala Krai Tahun 2013

Tilawah Al-Quran Peringkat Jajahan Kuala Krai
        Tilawah Al-Quran Peringkat Jajahan Kuala Krai telah diadakan pada 14hb Mac 2013 bersamaan dengan 2 Jamadil Awal 1434H. Majlis diadakan di Masjid Mukim Laloh. Seramai 4 qari dan 3 qariah telah menyertai tilawah pada tahun ini. Johan Qari adalah En. Mohd Azmi Bin Abdullah dan Johan Qariah adalah Pn. Norma Binti Deraman. 
                    Galeri Foto

Wednesday 13 March 2013

International Chopper's Bike Meet Kelantan

International Chopper's Bike Meet Kelantan, 22 & 23 Mac 2013 di Dataran Lembah Sireh..

Monday 11 March 2013

PAMERAN KHAZANAH PANTAI TIMUR


PAMERAN KHAZANAH PANTAI TIMUR akan berlangsung pada 16 MAC 2013 sehingga 31 Mei 2013 bertempat di GALERI ATAS MUZIUM ISLAM (Bersebelahan Masjid Muhammadi Kota Bharu). Pameran dibuka pada jam 9.00 pagi sehingga 5 petang setiap hari kecuali Hari Jumaat.

"Kawasan Pantai Timur Semenanjung sememangnya kaya dengan pelbagai tinggalan khazanah yang menarik lagi unik. Khazanah ini sejak sekian lama menjadi aset kepada perkembangan industri pelancongan negeri khusunya dan Negara amnya.

Dalam pada itu penerokaan serta inisiatif berterusan daripada pelbagai pihak telah menghasilkan lebih banyak khazanah-khazanah baru mula dikenalpasti. Ini menggambarkan betapa Negara ini kaya dengan pelbagai khazanah warisan yang mampu menarik pengunjung luar dan dalam Negara.

Sunday 10 March 2013

Karnival Kerajaan Elektronik & Inovasi Negeri Kelantan


Mengalu-alukan penyertaan pelajar IPT, kakitangan agensi kerajaan / swasta, usahawan dan orang ramai
menyertai seminar atau bengkel Karnival Kerajaan Elektronik & Inovasi Negeri Kelantan 2013

PENYERTAAN ADALAH TERHAD

Sila hantar borang ini sebelum atau pada 30 April 2013 kepada :-

Urusetia Karnival Kerajaan Elektronik & Inovasi Negeri Kelantan
Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
Blok 6, Tingkat 1, Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu, Kelantan.
Tel : 09-743 0504 Faks : 09-743 0504
Emel : keik@kelantan.gov.my

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Encik Mohd Rusdi bin Hamid di talian 09 748 1957 samb. 6145

Borang Penyertaan :
https://www.dropbox.com/s/znr0vkx638m18k1/borang-penyertaan-keik2013.pdf

Wednesday 6 March 2013

Ekspo dan Pameran Kelantan 2013

Nantikan Ekspo dan Pameran Kelantan 2013, di Seksyen 15 Shah Alam. Pelbagai barangan dan produk dari Negeri Cik Siti Wan Kembang akan dipamerkan. Jumpa anda kami di sana. ~ Mari Kito Pakat Mari ~

Tuesday 5 March 2013

#CYBER999

Anda diganggu (harrased) di alam siber? Laporkan ke #CYBER999:

*Online Web Reporting: www.mycert.org.my
*Email: cyber999@cybersecurity.my
*Telephone (office hours): 1-300-88-2999
*Handphone (24hrs): 019 – 266 5850
*SMS (24hrs): CYBER999 REPORT <EMAIL> <INCIDENT> and send it to 15888
*Fax: 03 – 8945 3442

Monday 4 March 2013

Semakan Daftar Pemilih

Pengumuman kepada semua pemilih-pemilih - semakan terhadap daftar pemilih terkini boleh dilakukan melalui web site www.spr.gov.my untuk mempastikan anda menjadi pemilih pada pilihanraya umum ke 13 nanti.