Pages

Wednesday 12 March 2014

Karnival Pendidikan MARA (KPM)

Dimaklumkan bahawa MARA meneruskan penganjuran Karnival Pendidikan MARA (KPM) kali ke 15 pada 15 hingga 17 Mac 2014 bertempat di Premiera Hotel, Menara MARA, Kuala Lumpur dalam usaha menyalurkan informasi berkenaan peluang-peluang pendidikan dan perancangan kerjaya.

        Penganjuran KPM 2014 akan dilaksanakan secara berperingkat di sepuluh (10) lokasi strategik seluruh Malaysia bermula di Premiera Hotel, Menara MARA, Kuala Lumpur, Perak, Johor, Kelantan, Sabah, Terengganu, Kedah, Pahang, Pulau Pinang dan Melaka.
         Penganjuran KPM ini menggabungkan peluang mendapat pendidikan di peringkat yang lebih tinggi dan peluang untuk mendapatkan pekerjaan sesuai dengan kelulusan dan kelayakan yang ada.

        Pengisian program sempena karnival ini adalah seperti berikut :

            (i)         Pameran Pendidikan
Tempat   : Dewan Utama Aras 6, Premiera Hotel, Menara MARA, Kuala Lumpur
Sasaran  : Pelajar tingkatan 4 dan 5, lepasan SPM/ STPM, ibubapa dan orang awam.

            (ii)        Pameran Kerjaya, Seminar dan Temuduga Terbuka
Tempat       : Parking Lot, Houz Depot, Kuala Lumpur
Sasaran   : Pelajar-pelajar semester akhir Institusi Pendidikan  Tinggi Awam dan Swasta tajaan MARA, IPMa, pencari kerja dan orang awam.


No comments: