Pages

Monday 10 March 2014

Program e-Pelanggan (Hari Bertemu Pelanggan secara Maya) JPA

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengadakan Program e-Pelanggan  (Hari Bertemu Pelanggan secara Maya) bagi bulan Mac 2014 pada ketetapan  seperti berikut :

  *            Hari           :  Khamis
  *            Tarikh       :  20 Mac 2014
  *            Masa          : 10.00 pagi – 4.00 petang
3.     Program ini merupakan salah satu inisiatif penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan dengan tujuan memberikan peluang kepada pelanggan JPA untuk berinteraksi secara maya di http://epelanggan.jpa.gov.my<https://mail.jpa.gov.my/owa/redir.aspx?C=B51NWJW1mUqnORvB31ooSJw2PN7SzdBILXRb-zW-EeX5YYVqTKw9K61k_Bn0PCfzIMuWmWpkKBc.&URL=http%3a%2f%2fepelanggan.jpa.gov.my> bagi berkongsi pandangan, cadangan atau pertanyaan. Topik perbincangan merangkumi perkara-perkara berikut :

  *            Perkhidmatan kaunseling dan runding cara sektor awam;
  *            Program-program penajaan iaitu Biasiswa dan Pinjaman Pendidikan serta Latihan dalam Perkhidmatan;
  *            Pengiktirafan kelayakan bagi maksud syarat memasuki perkhidmatan awam;
  *            Hal-hal berkaitan perkhidmatan dan kemajuan kerjaya;
  *            Program dan jadual latihan anjuran INTAN;
  *            Urusan berkaitan pentadbiran dan pembayaran Faedah Persaraan kepada Pesara dan Pencen Terbitan kepada Balu/Duda/Anak yang layak;
  *            Pembangunan organisasi dan skim-skim perkhidmatan; dan
  *            Saraan iaitu pakej gaji, elaun dan kemudahan dalam perkhidmatan.

No comments: